13 tahun sudah berlalu, rasanya seperti beberapa hari sahaja. Waktu berlalu begitu cepat sehingga semua kegiatan pelayanan gereja tidak terasa. Demikian juga perasan semasa melayani bersama komiti pelayanan BM di gereja Trinity Methodist. Firman Tuhan berkata “segala sesuatu ada waktunya” (pengkotbah 3:1-11) saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas peluang dan kesempatan melayani bersama-sama banyak komiti dalam pelayanan BM selama 13 tahun. Oleh sebab kesetiaan kepada Tuhan semuanya berjalan dengan sangat baik. Lebih-lebih lagi retreat komiti pelayanan BM gereja Trinity yang terakhir bagi saya. Pada 30 Nov – 01 Dec 2018, seramai 40 orang yang telah mengikuti retreat ini. Walaupun terdapat beberapa ahli keluarga komiti tidak dapat hadir kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Namun kemeriahan tetap dapat kami nikmati bersama-sama sewaktu dalam perbincangan tentang pelayanan BM gereja Trinity yang akan datang ini.

Retreat komiti pada tahun ini direka dengan cara yang agak berbeza dengan retreat yang sebelum ini. Kami memulakan hari yang pertama dengan bersukan, BBQ dan menonton wayang bersama-sama dan berakhir dengan doa bersama-sama. Tujuan kami mengadakan kegiatan bersama-sama pada hari yang pertama adalah kerana komiti yang lama ada bersama dengan kami berserta ahli keluarga mereka. Dengan kesempatan ini kami dapat bersekutu dengan semua ahli keluarga komiti dan juga komiti tidak terpilih bagi tahun 2019-2020.

Bagi hari yang kedua kami mengkhususkan waktu bersama-sama mengimbas kembali apa-apa yang telah kami lalui selama beberapa tahun ini. kami mengambil masa untuk berbincang cara kami untuk mencapai sasaran yang telah kami tetapkan pada tahun 2019. Dengan adanya waktu yang sedemikian maka setiap pelayanan boleh menyatakan cara dan harapan mereka bagi tahun hadapan. Program yang mahu dilaksanakan oleh mereka pada tahun depan. Dengan semangat dan kerjasama yang kuat maka pelayanan ini dapat bergerak lebih jauh lagi ke hadapan.

Program retreat kami tidak hanya berakhir di Siar Beach namun sewaktu kami pulang ke Kuching kami juga berkesempatan untuk mengunjungi rumah doa Methodist di Bau. Walaupun rumah doa itu belum selesai sepenuhnya namun kami juga sempat meluangkan masa bersama-sama di dalamnya dan mengambil sedikit masa untuk berdoa mengucap syukur kepada Tuhan atas kebaikan-Nya.

Retreat komiti tahun ini memberikan kami sesuatu kesegaran yang baharu untuk terus melayani Tuhan bagi tahun hadapan. Walaupun banyak komiti adalah orang baharu dengan campur tangan Tuhan maka segala perkara dapat kami lakukan dengan luar biasa kerana bukan kekuatan kami tetapi Roh Allah yang ada dalam kami.

Pr Patrick Taie
Gereja Methodist Trinity, Kuching