Dalam Yesus kita semua adalah saudara, dengan kata lain kita adalah satu keluarga dalam Tuhan, walaupun kita berbeza daripada segi bahasa, suku dan asal usul kita. Semua kita adalah keluarga dalam Tuhan. Oleh itu, untuk membina hubungan kekeluargaan antara jemaah kita yang ada pada hari ini, Daerah Kuching Barat telah berjaya menganjurkan beberapa acara gabungan yang bertujuan untuk membina rasa “kekeluargaan” antara jemaah dalam lima kebaktian Bahasa Malaysia di daerah ini.

Seperti yang dikatakan pemazmur 133:1-3 “Lihatlah alangkah baiknya dan indahnya, apabila saudara-saudara hidup bersama dalam kesatuan! Seperti minyak yang baik di atas kepala, yang meleleh ke janggut, janggut Harun, yang meleleh ke leher jubahnya. Seperti embun Hermon yang turun ke bukit-bukit Sion, kerana ke sanalah TUHAN memerintahkan berkat, kehidupan sampai selamalamanya.”

Tahun 2019, daerah Kuching barat telah berjaya mengadakan dua program gabungan pada 18 April 2019 yang dihadiri seramai 210 orang Jemaah pelayanan Bahasa Malaysia daerah Barat. Program yang pertama ini telah dianjurkan oleh gereja Methodist Siong Tau. Walaupun gereja ini terletak sangat jauh daripada gereja Matang dan Samaring namun tidak menghalang jemaah gereja untuk datang berbakti bersama-sama. Mereka datang awal sebelum program bermula, semua jemaah telah diberkati melalui kebaktian yang telah diadakan.

Program yang kedua yang telah kami adakan pada tahun ini (2019) adalah “Mini Sport” daerah Kuching barat yang diadakan pada 01 Mei 2019, di Stadium MBKS dan dihadiri seramai 300 lebih orang. Kami telah mengadakan sukan berturut-turut dalam dua tahun ini, sambutannya sangat mendorongkan dan bukan hanya kehadiran yang ramai tetapi juga tali persaudaraan antara jemaah gereja menjadi semakin erat. Sukan pada tahun ini dianjurkan oleh pelayanan BM Gereja Trinity, mereka juga telah meningkatkan cara penganjuran sukan tahun ini dengan cara yang berlainan, jemaah perlu mendaftar terlebih dahulu dan lalu dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza.

Melalui program ini kami dapat menyampaikan berita tentang kita adalah keluarga dalam Tuhan. Walaupun kita berasal daripada jemaah yang berbeza namun dalam Tuhan kita adalah saudara. Kita harus menerima antara satu sama lain, mendorong satu sama lain, tanpa membezakan gereja asal masingmasing. Program bersama-sama banyak membantu Jemaah gereja untuk bertumbuh bersama-sama secara rohani.

Tahun ini kerinduan kami bagi pelayanan BM di daerah Kuching barat akan terbentuknya sebuah keluarga yang kuat dan teguh. Bukan hanya erat secara hubungan antara gereja. Tetapi lebih-lebih lagi terbina sebuah kesatuan yang kuat antara semua pelayanan BM di Daerah Kuching. Sepanjang penganjuran program gabungan di daerah Kuching diadakan, sangat jelas kerinduan dalam pelayanan Tuhan semakin bertambah.

Oleh itu, marilah kita membangunkan sebuah hubungan kekeluargaan dalam pelayanan Bahasa Malaysia di Daerah Kuching Barat dengan lebih kuat lagi pada tahun ini.

Pr Patrick Taie
Gereja Methodist Sentosa dan City Mall