Sebelum tahun 2019 berakhir, semua pemimpin dalam pelayanan BM di daerah Kuching Barat telah berkumpul dan berdialog di gereja Methodist Matang pada 16 Oct 2019. Seramai 35 pemimpin PBM yang sempat hadir untuk berbincang dan mendengar perancangan PBM di peringkat SCAC dan daerah bagi tahun 2020.

Kami sangat bersyukur dengan peluang yang telah kami miliki selama daerah Kuching Barat telah ditubuhkan 8 tahun yang lalu. Banyak perkara yang telah kami lalui dan alami selama pelayanan BM dimulakan di Daerah Kuching. Oleh itu, untuk meningkatkan keberkesanan Pelayanan BM di daerah Kuching Barat bagi tahun hadapan lagi, maka kami telah merancangkan beberapa program untuk dilaksanakan bagi tahun 2020, yang berteraskan tema: “Bertumbuh dalam Dasar Iman Kristian”

Matius 7: 24-26 “…Setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan melakukannya, ia sama dengan orang yang bijaksana, yang mendirikan rumahnya di atas batu. 25 Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak rubuh sebab didirikan di atas batu. Tetapi setiap orang yang mendengar perkataan- Ku ini dan tidak melakukannya, ia sama dengan orang yang bodoh, yang mendirikan rumahnya di atas pasir. Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, sehingga rubuhlah rumah itu dan hebatlah kerusakannya.”

Tema ini ditetapkan kerana bersesuaian dengan keadaan keperluan rohani pelayanan BM di daerah Kuching barat pada saat ini kami melihat dan sedar bahawa keperluan jemaah gereja di Daerah Kuching Barat pada hari ini adalah untuk bertumbuh secara dasar iman mereka. Hal ini merupakan impian kami pada tahun ini bagi melahirkan lebih banyak pemimpin yang berakar dan berpengetahuan dalam kebenaran Firman Tuhan lagi, sehingga mereka boleh menjadi pengajar pengjinjil, pemimpin yang sangat berkesan dalam pelayanan masing-masing.

Secara umumnya ini merupakan kerinduan kami bersama-sama pada tahun 2020 dan seterusnya, Daerah Kuching Barat pelayanan BM akan menjadi pelayanan yang akan menghasilkan jemaah yang mengasihi Firman Tuhan supaya jemaahnya:
a. setia membaca Firman Tuhan (Maz 1:2-3, Ezra 7:6-10)
b. setia melakukan Firman Tuhan (Yak 1:19-25)
c. setia memberitakan Firman Tuhan (Mat 28:19-20)

Untuk mencapai kerinduan hati kami dalam pelayanan BM Daerah Kuching pada tahun 2020, program berikut telah kami tetapkan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

Oleh Pr Patrick Taie
Gereja Methodsit Sentosa, Kuching