Tidak lagi berasa takut-takut Sebaik sahaja saya mengenal Tuhan Yesus, saya rajin pergi ke gereja. Saya tidak lagi berasa takut- takut masuk ke gereja. Kami beribadah di gereja SDA yang kecil dan kebanyakan pelajar yang beribadah di situ. Apabila saya disuruh menyampaikan berita mission, saya baca saja tanpa mengetahui apa sebenar berita yang disampaikan. Hal ini kerana saya sangat menurut apa-apa yang dikatakan oleh pemimpin di gereja itu.

Pada hujung tahun 1981, saya mengambil keputusan untuk minta dibaptis. Apabila saya minta izin daripada ibu bapa, mereka tidak melarang cuma mengatakan, “Itu keputusan kau.” Saya pun minta dibaptis.

“Percayalah…”
Selepas saya dibaptis, saya terus bersaksi tentang Tuhan Yesus. Sewaktu cuti sekolah, biasanya kami akan bergotong-royong untuk menanam padi atau menuai padi. Kebanyakan dalam kalangan keluarga. Saya tidak pandai menginjil tetapi saya terus katakan “percayalah kamu kepada Tuhan Yesus sebab tidak lama lagi Dia datang ke dunia kedua kali. Kalau tidak percaya, nanti masuk neraka.” Pendek kata, adik, makcik dan pakcik saya telah percaya dan menerima Tuhan Yesus sebagai Penyelamat.

Kami bersembahyang di kampung yang jauh daripada kampung saya. Kami pergi dengan berjalan kaki kerana tiada kenderaan. Ada jalan raya pun tidak berturap lagi. Seawal pagi kami berjalan kaki dan memakan masa selama satu jam lebih. Tetapi kami tidak berasa penat namun bersukacita walaupun ibu bapa marahmarah kerana saya tidak mahu bekerja pada hari sabat. Saya juga menerangkan kepada ibuku supaya dia percaya kepada Tuhan Yesus tetapi dia marah.

“Biar Tuhan goreng saya tujuh kali, saya tetap tidak masuk Kristian. Kau kempenlah orang lain,” kata emak. Berdoa buat 30 tahun…

Saban hari saya berdoa agar ibu bapa saya percaya kepada Tuhan Yesus namun saya kecewa dan harapan saya mulai punah. Tahun demi tahun berganti, hati orang tua saya amat keras seperti batu. Akhirnya setelah 30 tahun saya berdoa, ibu bapa saya telah menerima Tuhan Yesus sebagai Penyelamat. Dalam Mazmur 126:5, “orangorang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai.”

Demikianlah hati saya amat bersukacita kerana Tuhan Yesus telah memilih mereka untuk diselamatkan. Harapan saya ialah walaupun amat sukar menginjili seseorang dan memang banyak cabaran dan rintangan namun percayalah Allah akan menjawab doa kita apabila berdoa dengan segenap jiwa dan tidak berputus asa. Apa-apa pun keadaaan, kita bergantung penuh kepada kuasa Tuhan Yesus dan kiarnya Roh Kuduslah yang memerintah seluruh kehidupan kita. Setelah itu, barulah abang saya pula yang telah menerima Tuhan Yesus sebagai penyelamatnya sedangkan sebelum itu, dia sudah bertekad untuk menganuti agama Islam. Saya sangat bersyukur atas kuasa kasih sayang Tuhan Yesus kepada mereka. Terpujilah Tuhan Allah yang telah mendengar doaku dan anugerah-Nya yang sungguh luar biasa kerana bagi manusia sangat mustahil tetapi bagi Allah tidak mustahil.

Welin @ Rubilin Binti Ebal Welinshia
Sabah