Program yang terakhir bagi pelayanan BM Daerah Kuching Barat pada tahun 2018 adalah kebaktian Pra-Krismas. Penganjur kebaktian pra-krismas tahun lepas adalah PBM gereja Methodist Matang. Walaupun gereja Methodist Matang agak jauh daripada gereja Methodist Siong tau dan Sentosa namun kehadiran jemaah dari dua gereja ini tidak menghadapi banyak masalah. Mereka hadir sebelum masa kebaktian bermula. Selain jarak pada malam itu juga hari pun hujan. Seakan-akan kehadiran jemaah mungkin berkekurangan namun segalanya tidak member kesan kepada kehadiran semua jemaah.

Dengan kehadiran jemaah seramai 3001 orang maka kebaktian Pra_krismas pada malam itu menjadi sangat Mariah. Dimana semua jemaah dari setiap gereja diberikan tugas didalam bahagian-bahagian yang tertentu. Penglimbatan semua jemaah daripada setiap PBM di daerah Kuching memberikan kami sebuah gambaran bahawa kami adalah satu keluarga. Walaupun kami memiliki latarbelakang yang berbeza, namun kebaktian pra-krismas menyatukan kami.

Kami memulaikan acara kami dengan perarakkan masuk bersama-sama dengan semua pastor dan pimpin-peminpin gereja PBM disetiap gereja didaerah Kuching Barat. Walaupun acara kami sangat sedarahan namun semuanya cukup untuk mengatakan bahawa kami adalah satu keluarga dan milik satu Tuhan iaitu Yesus yang kami rayakan pada malam itu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kami sangat bersukacita pada malam itu, kami sangat bersukacita kerana apa yang Yesus telah lakukan bagi setiap kami. Sungguh Yesus sangat luar biasa bagi pelayanan BM di daerah Kuching sepanjang tahun 2018 ini. Melihat kemabli semua program yang telah kami lalui selama ini sungguh mengangkat semangat kami untuk terus mengembangkan pelayanan BM di daerah kuching pada tahun depan. Dengan kesempatan yang ada semasa kebaktian Pra-krismas kami juga menayangkan slida pelayanan sepanjang tahun ini. Walaupun kami merasa sangat gembira dengan apa yang telah kami lalui sepanjang tahun ini namun kami juga sangat sedih kerana pada tahun depan kami akan berpisah dengan pastor PBM di daerah Kuching, iaitu Rev Mok Ing Khang yang akan pergi ke Jepun dan Pr Dorothy akan berpindah ke Selangau. Selaku rakan sepelayanan kami tidak mahu berpisah namun Tuhan memiliki rencana yang lebih besar untuk mereka. Oleh itu dengan kesempatan ini kami mengambil sedikit waktu untuk berdoa dan memberi penghargaan kepada mereka.

Kebaktian kami pada malam itu berakhir dalam kira-kira pukul 9:30mlm, sebelum Jemaah beredar daripada tempat ruang ibadah, kami seterusnya dipimpin oleh team daripada gereja Trinity untuk menyanyi sambutan Krismas bersama sambil berjabat tangan dengan satu yang lain. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucap selamat hari natal kepada satu yang lain sebab beberapa jemaah akan pulang ke kampung semasa perayaan hari Krismas. Kami sangat bersyukur kepada Tuhan kerana pelayanan BM daerah Kuching barat dapat menganjurkan beberapa program bersama pada tahun ini. oleh itu untuk meneruskan kesinambungan kesatuan dan persekutuan diantara Jemaah PBM di daerah Kuching barat, maka kami telah menetapkan beberapa program seperti berikut untuk tahun 2019:

Malam penetapan perjamuan suci
Tarikh: 18 april 2019
Tempat: Gereja Methodist Siong Tau

Mini Sport
Tarikh: 01 May 2019
Tempat: MBKS Stadium

Karnival Pribumi
Tarikh: 16 Sept 2019
Tempat: Gereja Methodist Matang

Kem Persekutuan wanita
Tarikh: 11-12 Ogos 2019
Tempat: Petra Methodist Prayer House

Kem cabaran Alkitab Muda-Mudi
Tarikh: 10-13 Dec 2019
Tempat: Gereja Methodist Sentosa

Pra-Krismas gabungan
Tarikh: 21 Dec 2019
Tempat: Gereja Methodist Trinity

Harapan kami bagi PBM daerah Kuching Barat pada tahun 2019, hubungan diantara kami akan menjadi erat lagi. Dimana kami memiliki perasaan bahawa kami adalah keluarga walaupun kami berbeza dari segi banyak perkara. harapan kami Jemaah PBM didalam Daerah Kuching barat akan:

1. Jemaah gereja PBM Daerah Kuching Barat memiliki hubungan yang akrab diantara satu yang lain
a. Dengan saling berdoa untuk satu yang lain
b. Dengan saling mendorong satu yang lain
c. Dengan saling membantu satu yang lain

2. Jemaah gereja PBM Daerah Kuching Barat mengenal satu yang lain sebagai keluarga didalam Kristus
a. Tidak ada perbezaan diantara satu yang lain
b. Sentiasa memiliki hubungan yang akrab
c. Sentiasa mengingatkan satu yang lain

“….Sungguh, alangkah baiknya dan indahnya, apabila saudara-saudara diam bersama dengan rukun! Seperti minyak yang baik di atas kepala meleleh ke janggut, yang meleleh ke janggut Harun dan ke leher jubahnya. Seperti embun gunung Hermon yang turun ke atas gunung-gunung Sion. Sebab ke sanalah TUHAN memerintahkan berkat, kehidupan untuk selama-lamanya…” (Mazmur 133:1-3)

Pr Patrick Taie
Gereja Methodist Trinity, Kuching