Pada zaman ini, kita lebih tertarik dengan media yang sedia ada, iaitu smartphone. Kita sering terabai dan tidak menitikberatkan kehidupan doa kita. Peruntukan masa untuk berdoa adalah sedikit.
Methodist Prayer Convention (MPC) 2018 merupakan suatu peristiwa yang bersejarah dan khas bagi umat kristian Methodist berkumpul, berdoa dan melalui perkongsian khutbah sekali ditegur dan mendorong antara satu sama lain.
Melalui MPC 2018 sekali lagi kami nampak kerja TUHAN yang tak pernah berhenti, asalkan umatnya tekun berdoa. Kerja TUHAN tetap berjalan. Banyak perkara tidak dapat kami lakukan. Hanya melalui doa, TUHAN sendiri akan bekerja.
Dalam perkongsian MPC 2018, kami nampak TUHAN tetap bekerja dan memimpin setiap langkah bagi negara kita dalam aspek politik. Asalkan kita meminta, mengetuk pintu. TUHAN membuka jalan bagi negara kita.
Setiap pemimpin gereja haruslah menitikberatkan hubungan intim dengan TUHAN. Dalam pelayanan dan pengurusan gereja adalah berdasarkan prinsip alkitabiah. Beberapa firman TUHAN saling mengingatkan saya seperti berikut:
Zakharia 4:6 “Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran TUHAN ini kepada Zerubabel, ‘Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatan sendiri, melainkan dengan Roh-Ku.’”
Makmur 20:8 “Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.”
TUHAN ingin menantikan kebangkitan umat-Nya, mulai dengan berdoa. Berdoa akan mengubah pelbagai aspek kehidupan umat: perhubungan dengan TUHAN, hubungan sesama manusia (suami isteri, ahli keluarga, rakan sekerja), dan hubungan sesama persekitaran.
Gereja Methodist di Sarawak mempunyai sejarah melebihi 100 tahun. Saya percaya kebangkitan gereja kami mulai dengan berdoa. Saya berdoa kebangkitan generasi sekarang dan seterusnya tetap teguh dalam doa untuk memuliakan nama TUHAN.
Siung Hua Siong Gereja Methodist Gloria, Bintulu