Tema: Saya Ciptaan Tuhan

Tujuan: Menghargai diri sendiri sebagai ciptaan Tuhan
serta belajar ciri-ciri Tuhan.

Persediaan: Menyediakan gambar ahli keluarga atau mengambil gambar sekeluarga (selfie) dengan telefon bimbit semasa aktiviti dijalankan.

Lagu Puji-pujian: Sayang-sayang
Sayang sayang disayang
Aku disayang Tuhan
Aku diangkat jadi anak-Nya
Aku disayang Tuhan
Glori glori glori haleluya
Glori glori glori puji Tuhan
Glori glori glori haleluya
Glori glori glori puji Tuhan

Aktiviti: Berbincang dengan ahli keluarga mengenai kesamaan antara satu sama lain melalui gambar yang disediakan. (Contohnya: Mirip muka, ungkapan dan lain-lain).

Ayat-ayat Alkitab: Kejadian 1: 26-27
26 Kemudian Allah berfirman, “Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang lain: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.” 27 Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.

Perkongsian:
Daripada gambar keluarga, kita boleh mendapati bahawa terdapat sedikit sebanyak kesamaan antara ahli keluarga. Hal ini disebabkan ahli keluarga adalah berasal daripada keturunan yang sama. Begitu juga hubungan manusia dengan Tuhan. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, Tuhan mencipta manusia dan menjadikan manusia seperti diri-Nya.

Hal ini tidak bermaksud kita ialah Tuhan, malahan manusia mempunyai ciri-ciri yang menyerupai Tuhan. Tuhan menciptakan semua keperluan manusia terlebih dahulu sebelum mencipta manusia pada hari ke-6. Jikalau Tuhan mencipta manusia sebelum hari ke-6, kemungkinan manusia akan mati dalam hipoksia sebab tanpa oksigen, kelaparan sebab tanpa makanan, kesejukan sebab tanpa cahaya matahari. Hal ini menunjukkan betapa Tuhan sayang akan manusia.

Malangnya manusia berdosa, kita selalu ikut cara sendiri dan menjauhi Tuhan. Lama-kelamaan, kita semakin tidak menyerupai Tuhan. Hal ini amat menyedihkan hati Tuhan.

Mujurlah Tuhan masih menyayangi kita. Demi menyelamatkan kita bebas daripada dosa, anak tunggal Tuhan iaitu Yesus Kristus mati di atas kayu salib demi dosa kita. Selepas tiga hari, Yesus Kristus bangkit daripada kematian. Kita harus menghargai diri kita sebagai anak Tuhan. Hal ini disebabkan kita dicipta bukan dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, kita ditebus dengan harga yang agak berat, iaitu melalui kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

Perbincangan:
Berikut merupakan sebahagian ciri-ciri Tuhan: Kemuliaan, Keadilan, Baik Hati, Kesucian, Kebijaksanaan,
Rasional, Percaya kepada kebenaran, Kreativiti, Kegembiraan, Kesetiaan.
1. Antara 10 ciri-ciri berikut, ciri-ciri yang manakah lebih
menyerupai anda?
2. Apakah ciri-ciri yang perlu anda tingkatkan?
Tindakan: Amalkan ciri-ciri yang dibincangkan dalam No. 2.

Lagu Puji-pujian: Sentuh Hatiku (Lirik: Jason Irwanto Chang)
Betapa ku mencintai
Segala yang t’lah terjadi
Tak pernah sendiri
Jalani hidup ini
Selalu menyertai
Betapa ku menyadari
Di dalam hidupku ini
Kau selalu memberi
Rancangan terbaik
Oleh karena kasih..
Reff :
Bapa.. sentuh hatiku
Ubah hidupku
Menjadi yang baru
Bagai.. emas yang murni
Kau membentuk bejana hatiku
Bapa.. ajarku mengerti
Sebuah kasih yang selalu memberi
Bagai air mengalir
Dan tiada pernah berhenti..

Doa: Bapa di syurga, kami bersyukur kepada Bapa sebab mencipta kami seperti dan menyerupai Bapa Tuhan. Kami tahu bahawa Bapa mengasihi kami dan sanggup menebus dosa kami dengan kematian anak Tuhan Yesus Kristus. Kami menghargai identiti sebagai ciptaan Tuhan. Kami ingin lebih menyerupai Bapa Tuhan agar nama-Mu dimuliakan. Bapa, mengingatilah kami dengan Roh Kudus bahawa kami adalah amat berharga dan Bapa mempunyai rancangan yang terbaik dalam hidup kami. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus kami berdoa. Amen.

ditulis oleh Lee Ling Wey
Board of Family Wellness and Counselling