Sejarah perkembangan pelayanan BM di SCAC (Sarawak Chinese Annual Conference, “Persidangan Tahunan Cina Sarawak” dalam BM) adalah satu proses pertumbuhan yang amat mengagumkan. Semuanya adalah kerja Roh Kudus dan gerakan-Nya dalam hati pastor-pastor, pemimpin-pemimpin dan jemaah-jemaah BM SCAC. Kami murid-murid Yesus hanya mengikut jejak Roh Kudus sahaja.

Pembentukan Ministry for the Sarawak Indigenous People (MSIP)

Lembaga Misi (Board of Missions) SCAC pada permulaannya melibatkan pelayanan dalam kalangan bumiputera. Anggota-anggotanya menjangkau kedua-dua ladang di luar negeri dan juga golongan bumiputera tempatan. Atas pimpinan Roh Kudus, mereka membuat satu keputusan untuk mengasingkan kedua-dua penjangkauan ini sebelum tahun 1998. Mereka menfokuskan perhatian kepada misi seberang laut dan Lembaga Penginjilan (Board of Evangelism) menfokuskan kepada golongan bumiputera dan Cina di Sarawak. Ini adalah satu keputusan yang bersejarah kerana selepas ini kedua-dua lembaga dapat memobilisasi jemaah-jemaah secara lebih berkesan dalam menjangkau sasaran kami.

Lembaga Penginjilan pun membentuk MSIP (iaitu, Pelayanan untuk Orang Bumiputera Sarawak) pada awal tahun 1998. Pengerusi Lembaga Penginjilan pada masa itu ialah Rev Kiew Tie Siong. Rev Hii Kong Ching, adalah salah satu anggota lembaga itu. Bawah kepimpinan beliau, saya dijemput untuk menyertai MSIP. Pada peringkat awal pembentukannya, Rev Hii ialah pengerusi pertama dan saya pula ialah setiausaha. Di samping itu, terdapat jawatan-jawatan lain seperti naib pengerusi, bendahari, survei ladang misi, pelayanan rumah panjang, media, pelayanan mahasiswa, dan pelayanan BM. Ahli-ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada pastor-pastor dan anggota-anggota jemaah dari beberapa gereja. Selepas sesuatu masa, saya pun ditukar jawatan ke jawatan pelayanan BM. Saya melayani dalam jawatan ini sehingga tahun 2010. Maka, saya sangat mendorong jemaah-jemaah SCAC untuk memulakan pelayanan BM.

Visi dan Strategi MSIP untuk Menjangkau Bumiputera

Selepas pembentukan ahli jawatan-kuasa itu, kami sebagai satu pasukan pun mula berancang dan bervisi. Visi kami adalah sangat jelas, iaitu, menjangkau golongan bumiputera di luar bandar dan bandar di seluruh Sarawak. Kami berasa kami mesti membentuk pasukan misi jangka pendek yang banyak untuk memenangkan jiwa bumiputera di rumah-rumah panjang. Strateginya ialah melalui cara kerjasama dengan Sidang Injil Borneo (SIB, sekarang Borneo Evangelical Missions -BEM) dan Sarawak Iban Annual Conference- SIAC (Persidangan Tahunan Iban Sarawak).

Strategi Membentuk Jemaah BM di Bandar

Strategi untuk menjangkau golongan bumiputera di bandar-bandar utama Sarawak seperti Sibu, Kuching, Miri dan Bintulu adalah melalui pembentukan jemaah kebaktian dalam bahasa Melayu. Strategi ini adalah paling penting kerana tanpanya tidak mungkin kita pada hari ini (Ogos, 2017) ada 17 gereja SCAC mempunyai pelayanan BM. Kami berdoa supaya Roh Kudus memimpin kami dan memberikan kami peluang untuk memulakannya.

Pada tahun 2001, saya dijemput untuk berkhotbah di Gereja Methodist Trinity pada Hari Bumiputera (Indigenous People Sunday), pada bulan Julai. Saya masih ingat hanya tiga atau empat orang yang mengangkat tangan untuk menyatakan mereka ingin melayani dalam pelayanan BM kalau pelayanan BM dimulakan. Walaupun hanya sebilangan yang begitu kecil ingin memulakan pelayanan BM di Trinity, tetapi saya tidak berputus asa dan atas pimpinan Roh Kudus, saya dan Rev Hii (yang merupakan pastor yang bertugas di Trinity) masih percaya inilah peluang keemasan yang disampaikan oleh Allah kepada SCAC. Inilah gereja pertama yang akan memulakan pelayanan BM secara iman!

Jemaah BM yang Pertama dalam SCAC

Persoalan besar pada masa itu adalah dari manakah kami akan dapat pastor BM yang pertama untuk menggembala domba-domba bumiputera! Lagipun, kami belum ada satu jemaah BM lagi. Jemaah yang ada di Trinity pada masa itu hanya jemaah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Strategi kami adalah mencari pastor BM pertama itu dulu dan barulah kami mencari domba bumiputera yang sesat. Segala puji dan syukur kepada Allah kerana Dia yang menyediakan pastor BM itu. Selepas kami menandatangani memorandum persefahaman dengan SIB, mereka bersetuju untuk meminjam Pastor Peter Mutang kepada kami.

Pada bulan November, 2001, semasa Persidangan Tahunan Cina Sarawak, pengutusan pun dibuat untuk pastor Peter Mutang sebagai pastor BM pertama SCAC dalam sejarah. Tahun seterusnya, pada bulan Januari, 2002, beliau pun mula melayani di Gereja Methodist Trinity. (Selepas 5 tahun melayani, beliau dipilih sebagai presiden SIB. Pada tahun 2008, beliau pun balik ke SIB.) Kini, selepas 16 tahun 7 bulan (Ogos, 2017) jemaah BM Trinity sudah mempunyai lebih daripada 200 orang jemaah.

Pastor Patrick Taie yang seterusnya, SCAC pinjamkan daripada SIB. Beliau terus bersama jemaah Trinity secara tidak langsung menolong membentuk jemaah BM di Gereja Methodist Ching Kwong, Ching Seng, seterusnya membentuk jemaah BM di Samarindah, Sematan dan Kota Sentosa, di bandar Kuching.

Sejak adanya visi untuk menjangkau golongan bumiputera di bandar, SCAC pun giat menghantar pelajar teologi untuk dilatih dalam BM di Seminari Teologi Sabah (STS). Selain daripada Kuching, jemaah-jemaah BM satu demi satu pun didirikan di Sibu, Miri dan Bintulu. Kami pun masih terus meminjam pastor BM dari SIB. Terdapat jemaah-jemaah BM kini juga bangkit dan menghantar pelajar teologi ke STS. Pada masa yang sama, terdapat pastor Cina yang mempunyai beban menjangkau golongan bumiputera pun diutuskan menjadi pastor BM.

Strategi meminjam pastor BM, melatih pastor BM sendiri, dan membangkitkan pastor bumiputera dari jemaah BM merupakan pendekatan-pendekatan yang menjayakan visi pelayanan BM SCAC.

Pembentukan Ahli Jawatankuasa Pelayanan BM

Bawah kepimpinan Rev Dr Wong Kee Sing, pada tahun 2013, memandangkan jemaah-jemaah BM semakin bertambah dan MSIP pun susah menguruskan hal yang berbangkit, Ahli Jawatankuasa Pelayanan BM pun dibentukkan. Pengerusi pertama ialah Rev Lee Sie Yih. Dengan ini, saya sangat percaya perkembangan pelayanan BM dalam menanam lebih banyak jemaah di bandar-bandar akan dipecutkan lagi.

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, kalau Lembaga Penginjilan SCAC tidak mempunyai visi untuk menjangkau golonga bumiputera di bandar, kemungkinan besar sehingga sekarang, SCAC masih belum ada jemaah BM. Marilah kita bersama-sama menyahut panggilan Allah untuk membentuk lebih banyak lagi jemaah BM di bandar-bandar Sarawak dan menjadikan golongan bumiputera murid-murid Yesus.

Rev Law Hui Seng
Gereja Methodist En Tao, Sibu