1 Mei 2017 ialah hari keluarga bagi seluruh jemaat di Gereja Trinity Methodist. Tujuan program hari keluarga ini, adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara semua jemaah gereja dan juga untuk menyatakan kepada saudara-saudara yang belum datang ke gereja bahawa kami ialah saudara dalam Kristus.

Seramai 145 orang telah mengikuti program hari keluarga yang diadakan di Stadium tertutup MBKS, Bintawa. Program ini telah disertai oleh pelbagai bangsa, seperti orang Cina, orang Bidayuh, orang Iban, orang ulu, orang Penan dan sebagainya. Hari keluarga sesungguhnya telah membawa semua bangsa untuk berkumpul bersama.

Dalam sesi sukan, kami dapat merasakan bahawa semua orang adalah penting dan boleh memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan. Segala rasa curiga dan malu tidak ada lagi dalam kami, sebab adanya kasih Tuhan dalam kalangan jemaah telah mengubah semua keadaan menjadi sangat meriah. Perubahan sikap terhadap antara satu sama lain menjadi sangat berbeza. Semuanya kerana kehadirn Tuhan dalam umat-Nya.

Kami amat bersyukur kepada Tuhan Yesus kerana kehadiran-Nya sepanjang program hari keluarga gereja Trinity Methodist. Misi yang telah ditentukan telah dicapai pada hari tersebut juga. Respon bagi setiap peserta yang mengikuti hari keluarga adalah sangat baik dan mereka ingin mengikuti program ini lagi.

Lionel Jong Nyuk Feng
Gereja Methodist Trinity, Kuching