Mendiang Rev. William Franflin Graham yang ternama pernah berkata,” tiada peralatan yang lebih baik daripada risalah sebagai benih untuk menyebarkan injil.” Walaupun gereja kini menggunakan pelbagai jenis wahana untuk menginjil dan melawat demi pengkhutbahan, namun risalah masih merupakan salah satu cara yang tidak boleh digantikan.

Oleh itu, persidangan kami amat memerlukan risalah yang banyak. Bagi menerbitkan artikel yang bertemakan penginjilan dan kesaksian yang banyak untuk membimbing umat yang belum percaya boleh mengenali Juruselamat Yesus dan agama Kristian, Lembaga Kesusasteraan Kristian mengadakan “Pertandingan Menulis Esei Risalah Penginjilan” untuk menampung keperluan ini.

Penganjur: Lembaga Kesusasteraan Kristian, SCAC

Tarikh Tutup: 31 Mei 2019

Kriteria Pertandingan:
1. Sasaran: Penganut Kristian negeri Sabah dan Sarawak
2. Bahasa: Bahasa Melayu
3. Isi kandungan: Hasil karya peserta mesti berunsur injil agama Kristian
yang merangkumi tema umum mahupun tema perayaan.
4. Format: Cerita / Cerpen kesaksian (bukan berunsur ilmiah)
5. Bilangan patah perkataan: 500 hingga 1000 patah perkataan (mesti
ditaip melalui komputer); Jika hasil karya menggunakan cerita, kata-
kata hikmat dan maklumat yang bukan daripada rekaan sendiri, maka penggunaannya tidak boleh melebihi 1/5 daripada karya keseluruhan.

Syarat:
a. Peserta hanya dibenarkan menghantar sebuah karya bagi setiap kat-
egori yang tidak pernah diterbitkan. Hasil penyertaan tidak akan dikembalikan. Sila simpan salinan asal sendiri.
b. Peserta boleh menggunakan nama pena, namun sila memberikan
nama penuh penulis, gereja dan butiran perhubungan (nombor telefon dan alamat e-mel) serta sekeping gambar individu.
c. Sila e-mel hasil karya ke “scaccmm@gmail.com”.

Hadiah Pertandingan: Setiap kategori disediakan:
a. Johan: Wang tunai RM200
b. Naib Johan: Wang Tunai RM150
c. Tempat Ketiga: Wang Tunai RM100
d. Sagu hati (2 orang): Wang tunai RM80

Keputusan juri adalah muktamad. Segala hasil karya merupakan hak reka cipta lembaga kami untuk dijadikan risalah penginjilan yang akan diterbitkan pada masa akan datang.

Jika ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila menghubungi 084-333021 / 333028.