Sudah beberapa kali saya melayani bersama-sama dengan CKS dan setiap kali pelayanan, saya berasa teruja dan menerima rahmat yang banyak. Tuhan telah menyentuh saya untuk melayani orang asli melalui pelayanan misi saya di Ulu Julau, tetapi kini saya mendapati bahawa Tuhan telah merancang untuk memberkati saya melalui pelayanan saya, saya juga berasa saya bukannya melayani tetapi menerima berkat dari Tuhan. Saya telah belajar sesuatu yang baharu dan mendapat visi baharu selepas setiap kem. Semasa saya tinggalkan kehidupan di bandar semasa melayani, membolehkan badan, hati dan roh saya direhatkan sepenuhnya dan lebih mendekatkan saya dengan Tuhan. Terdapat masih ramai orang asli di Sarawak yang belum pernah mendengar Injil.

Roma 10:14 Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapa pun yang mengkhabarkan tentang-Nya?

Adakah anda bersedia untuk pergi?

/AndyTang Chung Hua