Saya seorang yang kurang berkeyakinan. Saya selalu merasa orang lain lebih baik daripada saya. Dalam khutbah yang dua, saya nampak semua peserta telah disentuh dan ingin mengikuti Yesus Kristus. Air mata mereka mengalir tanpa berhenti dan tidak terkawal. Tiba-tiba, munculnya satu rangkaian kata dalam fikiran saya. Kita hanyalah perkakas Tuhan dan selebihnya adalah kerja Roh kudus. Sebenarnya, air mata para peserta yang telah menghiburkan saya, dan air mata mereka juga telah mengajar saya. Hal ini kerana, Matius 18:3 menyatakan, Yesus pun berkata “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali kamu menjadi seperti kanak-kanak kecil, kamu tidak akan masuk ke dalam kerajaan syurga.” Tiba-tiba, saya memahami maksud ayat ini. Kenaifan mereka merupakan kunci ke syurga.

Beberapa hari sebelum saya pergi ke kem, saya nampak keadaan nenek saya yang hampir nazak. Dia telah dihantar ke kecemasan dan dimasukkan ke ICU. Jadi, saya bercadang tidak menyertai kem lagi. Pengerusi CKS memberitahu saya satu ayat Alkitab, Matius 8:22 – Tetapi Yesus menjawab, “Ikutlah Aku. Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka.” Saya memikirkan ayat itu selama beberapa hari. Apakah keutamaan dalam hati saya? Oleh itu, saya pun menyertai kem itu dengan yakin. Apabila kem berakhir, saya mendapati bahawa dia telah dipindahkan ke wad biasa. Walaupun dia masih dalam keadaan kurang stabil, tapi saya berasa sangat bersyukur. Saya rasa diri saya diajar dan diberkati setiap kali saya berjalan bersama dengan Tuhan.

/Tang Suk Wen