Selepas yang pertama, terkadang belum tentu ada yang kedua. Tetapi puji Tuhan Kursus Kepimpinan Muda Mudi (KKMM) sudah ada yang kali kedua kali yang diadakan pada tahun ini (2019). Seramai 8 orang peserta yang diterima untuk menyertai kursus ini. Antaranya adalah peserta dari Pusat Penginjilan Methodist Pending, Kuching iaitu Ellezebath Timai, Frina Numan dan Ester Lily. Manakalah seorang lagi dari Gereja Methodist Matang, Kuching iaitu Ashmedia Loveenna. 3 orang peserta dari Miri iaitu Rini ak James dari Gereja Methodist Yi En, dan 2 orang peserta dari Gereja Methodist Tudan iaitu Jack Bilun dan Valeyria Clarrisa. Selain itu, Gereja Methodist Gloria juga telah menghantar seorang peserta iaitu Airrene Wilson. Bagaikan sebuah keluarga yang mempunyai seorang bapa yang memiliki 7 orang puteri begitulah kisah mereka selama 3 bulan bersama. Gereja Methodist Permyjaya menjadi pilihan lokasi untuk kursus ini dilakukan diadakan kerana Gereja Methodist Permyjaya mempunyai tempat/bilik, komuniti dan kawasan yang bersesuaian. Tujuan kursus ini ini dijalankan diadakan adalah bagi menawarkan program perlengkapan lanjutan untuk pemuda pemudi yang melayani di gereja supaya memiliki keberkesanan di dalam pelayanan,. Mmembantu mereka memahami dan mengenali panggilan Tuhan dan mendedahkan mereka kepada Misi dan Penginjilan. Oleh yang hal yang demikian, peserta telah ditempatkan di gereja masing-masing bagi menjalani praktikal pada hujung minggu sekali gus proses “mentoring” antara pastor dan peserta. Selain itu, kesemua peserta KKMM melakukan penginjilan dan dipimpin oleh Pastor BM secara bergilir-gilir pada hari jJumaat setiap minggu di beberapa kawasan seperti Krokop dan Pujut 1. Kalau tahun lepas, KKMM anjuran pertama telah membantu Gereja Methodist Taman Tunku untuk menubuhkan pelayanan BM, maka kali ini KKMM anjuran kedua ingin membantu Gereja Methodist Hwai En untuk menubuhkan pelayanan BM. Oleh hal yang demikian, Krokop dan Pujut 1 menjadi pilihan kawasan penginjilan utama kerana berdekatan dengan Gereja Methodist Hwai En. 2 minggu sebelum kursus ini berakhir, selama seminggu Misi Jangka Pendek (MJP) telah diadakan di Gereja Methodist Hwai En. Apa Perkara yang dilakukan selama seminggu adalah, penginjilan pada sebelah pagi dan petang, BBQ Malam Suai Kenal, Sekolah Minggu, Pertemuan Muda Mudi, dan Family Night. Semua ini berlangsung atas kerjasama peserta KKMM, Pastor BM yang merupakan pengajar kursus ini dan yang paling penting iaitu adalah beberapa Jemaah dari Gereja Hwai En telahyang sedikit sebanyak membantu MJP berjalan dengan baik. Puji Tuhan, respons orang yang diinjili sangat positif apabila segelintir mereka menyertai setiap program yang dijalankan. Secara peribadi bagi saya, cara Tuhan bagi pertumbuhan setiap gereja mungkin berbeza dan itulah yang saya lihat di dalam pelayanan ini di mana sampaisehingga pada hari ini kebanyakkannya kanak-kanak yang berumur 6-13 tahun yang hadir pertemuan setiap hari Aahad pukul 2-3 petangm. Saya percaya kanak-kanak yang hadir hampir 20 orang ini merupakan satu jalan yang SUDAH Tuhan buka untuk membawa keluarga mereka percaya dan menerima Yesus sebagai Juruselamat dalam hidup mereka. Ini pasti terjadi !!

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Bagi menyimpan kenangan yang terindah, Majlis Penamatan KKMM telah diadakan pada 30 Macrch di Gereja Methodist Permyjaya. Selaku pengkhutbah undangan, Presiden Pengerusi Sarawak Chinese Annual Conference iaitu Rev Dr. Tie King Tai telah menyampaikan Firman Tuhan dari 2 Tim 2:2 百年树人,代代相传 (Seratus Tahun Membentuk Orang, Diwariskan Turun-Temurun). Beliau menegaskan kepada semua Jemaah yang hadir bahawa “mendidik anak remaja bukan sekadar tugas gereja tetapi perlu bermula dari rumah dan itu adalah tanggungjawab ibu bapa…. Mendidik adalah perlulah dari generasi ke generasi seterusnya..”. Setiap pertemuan ada kisah tersendiri, setiap kenangan ada manis dirasai. Kiranya melalui kursus ini dapat terus membentuk barisan kepimpinan generasi anak muda untuk menjadi alat yang berguna bagi memperkembangkan kerajaan Allah terutamanya dalam Pelayanan BM.

Susanty Kedal, Gereja Methodist Mei Ann, Miri