Salam damai dari kasih Allah Bapa kepada kita semua. Saya Arin Anak Manja, berbangsa suku Iban. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan Yesus, kerana saya mempunyai peluang melayani di Gereja Methodist Tudan selama 2 tahun. Tempat itu saya dibentuk, dilatih, dan diteguhkan. Kini, saya menjadi pelajar sepenuh masa di Seminari Teologi Sabah (STS) bagi melengkapi saya dari segi rohani, iman dan Firman Tuhan.

Saya bersyukur, Tuhan Yesus selalu memimpin setiap langkah kehidupan saya dan memberikan karunia seperti, bermain muzik, memimpin muda-mudi, dan mengajar Firman Tuhan. Saya percaya, semua bakat yang saya ada sekarang adalah berasal dari kasih anugerah Tuhan Yesus yang memberkati saya sehingga hari ini. Satu ayat dari firman Tuhan yang sangat mendorong saya dan hari ini sayamasih berpegang kepada ayat tersebut. Iaitu, dalam Yeremia 29:11, “Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, yaitu rancangan damai sejahtera dan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan”.

Selama dua tahun saya melayani di GMT banyak yang saya pelajari, baik manis dan pahit, itu semua pernah saya lalui bersama Tuhan. Dan kini saya dipanggil Tuhan untuk melayani Tuhan sepenuh masa bagi menolong suku saya sendiri iaitu, suku Iban. Bagi saya ini bukan satu kebetulan, tetapi ini satu permulaan di mana saya harus memulakan Misi iaitu, memberitakan Injil Tuhan kepada suku Iban.

Harapan saya kepada G.M.T semoga pemimpin mahupun jemaah sentiasa bertumbuh di dalam Tuhan Yesus dan berpegang teguh akan kebenaran Tuhan. Semoga Gereja Methodist Tudan terus bersinar dan menjadi berkat kepada semua orang. Tuhan memberkati-Mu dan melindungimu. Tuhan menyinarimu dengan wajah-Nya. Dan memberi kasih karunia serta menghadapkan wajah-Nya dan Dia memberi damai sejahtera kepada kita semua. Amin.

Arin Anak Manja
Gereja Methodist Tudan, Miri